CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

24 Julai 2013

Salam Ramadhan 1434 Hijrah


Rasanya masih belum terlewat untukku mengucapkan Salam Ramadhan dan selamat meneruskan ibadah puasa walaupun sudah masuk 15 Ramadhan 1434h hari ni... semoga dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang bulan ini bagi menjalankan ibadah-ibadah sunnah yang lain... 

Hajat di hati sudah lama untuk berkarya, tapi tak berkesempatan.  Semoga di bulan yang mulia ini menjadi permulaan yang baik untukku berkongsi cerita (dan rasa), ilmu, pendapat atau apa sahaja yang mungkin bermanfaat. Kalau tak banyak, sikit pun jadilah ;)

Setakat 15 Ramadhan 1434 hijrah ni, alhamdulillah aku masih belum menjejakkan kaki ke mana-mana bazar/pasar ramadhan (PaRam).  Syukur alhamdulillah... Makan kat rumah je masak memang menjimatkan dan menjamin kebersihan.  Kuih-muih, puding pencuci mulut pun semakin rajin pulak buat cuba resepi baru hihi bagus juga sekurang-kurangnya bolehlah mengasah bakat yg terpendam walaupun ada yang sukses ada yg fail hehe... learning proses... biasalah...

Okelah get ready nak balik ni... sambil-sambil fikir apa menu utk hari ni... hmmm...